fbpx

Beri perhatian nasib peneroka Kesedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) mengadakan perbincangan dengan ketua peneroka Kesedar di Bukit Cekati, Gua Musang hari ini.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) perlu memikirkan cadangan baharu untuk membantu 2,228 peneroka di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar di daerah ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perkara itu termasuk dengan menyelesaikan tuntutan ladang sawit yang ditanam semula oleh sebahagian peneroka Kesedar.

“Apabila tekanan hidup mula dirasai telah berlaku sedikit kekecohan antara peneroka dan pihak pengurusan Kesedar.

“Peneroka mula bertindak supaya ladang sawit mereka yang sudah mengeluarkan hasil lebih dua tahun lalu diserah semula kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Cekati di sini hari ini.

Beliau turut mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua peneroka RKT KESEDAR bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tengku Razaleigh berkata, beliau turut berdukacita atas permasalahan yang timbul kerana menganggap peneroka Kesedar dan Felda seperti anak buahnya sendiri.

Katanya, setiap masalah yang berlaku itu perlu ada saluran terbaik untuk diselesaikan secara baik.

“Dahulu hutang yang dilonggok kepada peneroka juga dapat diselesaikan apabila kerajaan pusat bersetuju melupuskan semua hutang yang ditanggung selepas berunding.

“Kita mengakui peneroka Kesedar telah mendapat bantuan bulanan sara hidup sebanyak RM1,000 sebulan, namun kini jumlah itu nyata sudah tidak mencukupi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI