Oleh ALICIA JOHNY KUEH
SRI AMAN – Hampir 250 peserta yang lengkap pakaian tradisional atau baju yang berkonsepkan ‘Jalur Gemilang’ dan bendera Sarawak menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat negeri Sarawak di Dewan Suarah Simanggang di sini hari ini.
Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Acara kemuncak ‘Unity Walk’ iaitu aktiviti berjalan sejauh 1.5 kilometer mengelilingi bandar Simanggang.
Aktiviti itu bertujuan menikmati keindahan dan menghargai pembangunan di sekitar bandar tersebut selain menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan penduduk tempatan yang berbilang kaum.
Mengambil kira faktor negeri yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19, sambutan tersebut diadakan seiring dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak terbabit. -K!ONLINE