fbpx

[VIDEO] Prasarana raikan Hari Kemerdekaan Ke-63

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUDDIN (tengah) mengetuai bacaan Rukun Negara semasa program Projek Sejahtera 2020 di Stesen MRT Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR- Suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak menjadi penghalang untuk Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 dengan penuh kemeriahan.

Menerusi Projek Sejahtera 2020, syarikat itu dengan kerjasama MRT Corp mahu menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat di samping menghayati kembali prinsip-prinsip Rukun Negara.

Projek Sejahtera 2020 diadakan di Stesen Merdeka, yang memperagakan elemen-elemen patriotik pagi tadi yang mana para pengunjung stesen berkenaan secara spontan, bersama-sama membaca kembali Rukun Negara, yang diperkenalkan 50 tahun lepas sebagai identiti jati diri rakyat Malaysia.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir mengetuai bacaan Rukun Negara, diiringi oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Muhammad Nizam Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd. Zarif Mohd Hashim serta para pegawai kanan Kumpulan Prasarana dan MRT Corp.

Terdahulu, kakitangan Prasarana mengadakan persembahan ‘flash mob’ kebudayaan bagi menghiburkan pengunjung.

Stesen MRT Merdeka dipilih kerana keunikannya menyerlahkan kembali semangat Merdeka dan rasa keinsafan terhadap prinsip-prinsip mulia Rukun Negara – Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI