fbpx

Power Rangers kibar Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Azreen Zulkepli (tengah, belakang) bersama rakan-raknnya dari GCK yang memakai kostum adiwira Power Rangers mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutah Hari Kebangsaan Ke-63 hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Geng Cosplay Kelate (GCK) mengambil pendekatan unik apabila mereka tampil dengan memakai kostum adiwira Power Rangers yang mengibarkan Jalur Gemilang dalam sesi penggambaran sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun hari ini.

Wakil GCK, Zul Azreen Zulkepli berkata, walaupun usaha dia dan rakan-rakan itu nampak kecil, namun mereka tetap berbangga dapat berbuat demikian bagi menzahirkan perasaan gembira hidup dalam sebuah negara berbilang bangsa dengan aman dan harmoni.

Menurutnya, Jalur Gemilang itu juga merupakan tanda terima kasih kepada para pejuang yang telah berkorban nyawa untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajah.

“Kami sebagai orang muda berbangga dapat menjadi penyambung untuk terus mempertahankan nikmat ini untuk generasi masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zul Azreen memberitahu, pemakaian kostum adiwira itu turut melambangkan semangat keberanian yang perlu ada dalam diri seluruh anak Malaysia.

Katanya, semangat itu perlu ada untuk berdepan sebarang cabaran pada masa hadapan.

“Tahun ini kita diuji dengan penularan Covid-19, jadi semangat berani amat diperlukan dalam melawan virus itu.

“Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Zul Azreen berkata, paling membanggakan kumpulan cosplay itu, cetusan idea dan gerak kerja dalam sesi penggambaran itu melibatkan gabungan dua kaum itu Melayu dan Cina.

Katanya, dia berharap hubungan akrab itu akan terus kekal terjalin sekali gus memperkukuhkan peraduan rakyat negara.

“Malaysia dibina atas jalinan semangat perpaduan antara pelbagai kaum.

“Sebagai genarasi muda, kami perlu terus menyuburkannya agar ia sentiasa segar,” katanya. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI