fbpx

Pelakon Fendy Bakry selamat bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FENDY

SHAH ALAM – Pelakon drama Mr. Grey, Fendy Bakry mengejutkan peminat apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pilihannya dikenali sebagai Ayu di Setia Alam, di sini.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagramnya tengah malam tadi.

Dalam hantaran berkenaan, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri , 32, berkata, dia selamat bergelar suami hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara kecil-kecilan.

Hantaran Instagram yang memaparkan Fendy menyarungkan cincin tetapi tidak memaparkan wajah isterinya.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya berjaya. Terima kasih buat adik-beradik semua yang hadir memeriahkan majlis kecil kami,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon kelahiran Kedah itu tidak berkongsi gambar serta identiti yang mendedahkan siapa isterinya.

Sebaliknya, dia sekadar memaparkan tangan pengantin lelaki sedang menyarung cincin ke jari manis pengantin perempuan dan momen ketika tangannya bersalaman dengan individu yang menikahkannya.

Fendy bagaimanapun menjelaskan dia tetap akan mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinannya kelak.

“Insya-Allah resepsi akan menyusul kelak. Untuk masa sekarang, saya wajibkan perkara perlu didahulukan.

“Jangan risau, saya akan jemput teman media dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya selama ini tanpa perlu buat pengesahan kehadiran okey,” katanya sambil menambah akan berkongsi gambar-gambar lain majlis pernikahannya selepas ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI