fbpx

Makanan percuma sempena pembukaan Restoran Hameediyah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pelanggan beratur untuk mendapatkan makanan percuma sempena pembukaan cawangan kelima Restoran Hameediyah di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Oleh SAFINA RAMLI 

BALIK PULAU – Sempena menyambut Hari Kemerdekaaan dan pembukaan cawangan kelima di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, restoran nasi kandar, Restoran Hameediyah menawarkan makanan percuma kepada pelanggan setia mereka.

Nasi beriyani berserta lauk pauk seperti ayam goreng, hidangan gulai daging serta kambing diberikan kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan restoran tertua negara itu.

Pengarah Urusan Restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukkor berkata, makanan percuma itu diberikan kepada pelanggan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang semalam.

“Pelanggan yang datang sempena pembukaan cawangan kelima kami di Sungai Ara ini tidak perlu bayar harga makanan mereka.

“Nasi beriyani, ayam goreng,gulai daging dan kambing diberikan percuma kepada pelanggan yang sentiasa menyokong peniagaan kami sejak dahulu,” katanya pada majlis pembukaan cawangan kelima Restoran Hameediyah, di Sungai Ara di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin.

Restoran Hameediyah mempunyai tiga cawangan di Pulau Pinang manakala dua lagi cawangan terletak di Kuala Lumpur.

Menurut Ahamed Seeni Pakir memandangkan situasi normal baharu yang perlu dipatuhi hanya 30 pelanggan dibenarkan berada di dalam restoran berkenaan.

“Hari ini, kami menyediakan makanan yang dibungkus kepada pelanggan yang tidak dapat menjamu selera di dalam restoran.

“Restoran ini mampu memuatkan sekitar 80 hingga 100 pelanggan namun dalam keadaan normal baharu jumlah pelanggan perlu dihadkan,” katanya.

Tambahnya, cawangan kelima Restoran Hameediyah di Sungai Ara itu menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa kepada pelanggan untuk menikmati hidangan nasi beriyani popular restoran berkenaan.

“Restoran ini mempunyai dua tingkat yang keluasannya sekitar 2,000 kaki persegi dan buat masa ini hanya tingkat pertama digunakan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI