Penyanyi dan selebriti media sosial, Madison Beer menjelaskan bahawa dirinya sudah setahun pulih daripada masalah mental yang dialaminya.
Menurut penyanyi berusia 21 tahun itu, dia tidak lagi perlu mengambil ubat untuk merawat tabiat suka mencederakan diri sendiri.
“Sepanjang saya menerima rawatan, saya sebenarnya dalam proses merakam album, Life Support.
“Ia satu proses yang sangat sukar, namun saya berjaya melakukannya. Kini ia akan menjadi bukti bahawa kesakitan boleh diubah menjadi sesuatu positif jika kena dengan caranya,” tegasnya.