fbpx

Hadiah hari lahir terbaik Maitland-Niles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAITLAND-NILES (kanan) dinobatkan sebagai pemain terbaik aksi Perisai Komuniti kelmarin. - AFP

LONDON – Pemain versatil Arsenal, Ainsley Maitland-Niles meraikan detik bersejarah dalam kariernya apabila buat kali pertama namanya tersenarai mewa­kili skuad antarabangsa England menghadapi dua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah awal bulan ini.

Lebih manis, kejayaan itu ha­dir selepas Maitland-Niles dinobatkan sebagai pemain terbaik aksi Perisai Komuniti membantu The Gunners menewaskan Li­verpool 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Wembley kelmarin.

Ia sekali gus menjadi hadiah hari lahir terbaik buat pemain serba boleh itu yang menyambut ulang tahun ke-23 kelahirannya kelmarin.

“Ini detik yang cukup istimewa dalam hidup saya kerana buat kali pertama dapat bermain perlawanan penting di Wembley pada ulang tahun kelahiran saya.

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan ini kerana berjaya membawa pulang satu lagi gelaran buat Arsenal. Saya harap kecemerlangan ini akan berterusan sepanjang musim ini,” kata Maitland-Niles.

Pemain dari London itu adalah dua nama baharu disenaraikan ketua jurulatih England, Gareth Southgate selain bek tengah Wolverhampton Wanderers, Conor Coady untuk menghadapi Iceland di Reykjavik pada 5 September ini dan Denmark di Copenhagen tiga hari kemudian.

Kedua-dua pemain itu pernah mewakili England di peringkat remaja dengan Maitland-Niles membantu skuad muda The Three ­Lions menjuarai Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) 2017, manakala Coady menjadi kapten pada Kejohanan Eropah B-17 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI