fbpx

Ahn So-hee belajar main PUBG demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHN SO-HEE

DEMI memenuhi tuntutan drama terbaharu berjudul Missing: The Other Side, pelakon Ahn So-hee ada cara tersendiri untuk menyelami watak lakonannya.

Ujar So-hee, wataknya sebagai Lee Jong-ah merupakan seorang penggodam yang handal selok-belok komputer membuatkan dia perlu belajar untuk memahirkan diri.

“Saya tidak tahu banyak mengenai penggodam, jadi saya banyak menonton video tentang perkara tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.

“Lee Jong-ah bukan sahaja mahir mengendalikan komputer tetapi juga hebat bermain permainan video terkenal PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

“Disebabkan ada babak dalam drama itu memaparkan saya bermain permainan video, saya pergi ke pusat internet untuk berlatih. Saya juga banyak menonton video tentang pemain permainan video,” jelasnya.

Missing: The Other Side merupakan naskhah misteri fantasi memaparkan sebuah perkampungan yang didiami para roh.

“Drama ini bukanlah semuanya berat. Ada juga diselitkan dengan babak lucu dan menyentuh jiwa.

“Ketika membaca skrip, saya bersungguh-sungguh mahu menjadi sebahagian daripada drama ini.

“Jalan ceritanya sangat menarik begitu juga dengan semua watak,” katanya.

Missing: The Other Side sudah mula menemui peminat sejak 29 Ogos lalu menerusi platform penstriman Viki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI