SHAH ALAM – Seramai 92 bayi merdeka dilahirkan di Selangor melibatkan 12 buah hospital sejak awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, dua buah hospital iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mencatatkan kelahiran tertinggi sebanyak 16 bayi.
Katanya, ia diikuti Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang masing-masing dengan 12 bayi pada hari ini.
“Hospital Selayang dan Hospital Ampang merekodkan 11 bayi, Hospital Kajang (8), Hospital Banting (3) dan Hospital Tanjong Karang (2).
“Manakala satu kelahiran bayi dicatatkan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (1),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K!ONLINE