fbpx

30 ahli NGO sambut merdeka bersama gelendangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azhar (kiri) Mohd. Shahrin (kanan) menyampaikan sumbangan makanan dan Jalur Gemilang kepada golongan gelandangan di Taman Seri Andalas di sini malam tadi.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Hari Kebangsaan disambut dengan cara tersendiri oleh 30 ahli daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menyantuni gelandangan sekitar Taman Seri Andalas di sini.

Program itu melibatkan Pertubuhan Integriti Nasional, Gerakan Belia 4B Kota Raja dan 99 Kesan dengan kerjasama Komuniti Peniaga Taman Seri Andalas berlangsung lebih satu jam bermula pukul 10 malam tadi.

Wakil kumpulan NGO itu, Mohd. Azhar Osman berkata, pendekatan itu digunakan bagi berkongsi semangat kemerdekaan kepada golongan tersebut.

“Kami terpanggil dalam memberikan sumbangan bantuan makanan dan minuman serta Jalur Gemilang kepada mereka.

“Merdeka ini ertinya luas dan pastinya kita mahu mereka tidak terus dikategorikan sebagai gelandangan buat selamanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Malam Ambang Kemerdekaan ke-63 di Taman Seri Andalas di sini.

Sementara itu wakil komuniti niaga tersebut, Mohd. Shahrin Mohd. Tamin memberitahu, program tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya selaras tema kemerdekaan tahun ini.

“Sedih kita melihat golongan gelandangan yang tidur di atas kotak dan kain batik dicantum-cantum sebagai kelambu.

“Kita yang ada rezeki lebih sepatutnya berkongsi dengan mereka. Bukan sahaja orang bujang yang menjadi gelandangan, ada juga keluarga yang mempunyai anak turut tidur di lorong gelap di sekitar sini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI