fbpx

Wanita rugi RM508,600 kejar cinta palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salleh

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang wanita berusia 58 tahun bukan sahaja patah hati akibat ditipu lelaki dicintai malah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM508,600 ditipu suspek yang mengaku sebagai seorang lelaki dari Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, wanita berkenaan menjual barangan miliknya untuk mendapatkan wang berkenaan.

Katanya, selain menggunakan wang peninggalan mendiang suaminya, wanita itu turut menjual rumah, kereta dan barangan kemas.

“Mangsa mengenali suspek yang dianggarkan berusia 40-an itu pada Oktober tahun lalu. Suspek memaklumkan syarikat minyak dan petroleumnya di Australia mempunyai masalah kewangan.

“Mangsa yang mempercayai suspek terus memberikan wang peninggalan mendiang suaminya selain menjual rumah, kereta dan barangan kemas untuk diberikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mangsa membuat sebanyak 48 transaksi bermula dari November 2019 hingga 26 Ogos tahun ini, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM508,600.

Mangsa yang tidak bekerja hanya menyedari ditipu selepas suspek memberi pelbagai alasan apabila diajak untuk bertemu sebelum terus gagal dihubungi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI