fbpx

The Bos Gaurus terpaksa akur berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC mengingatkan anak-anak buahnya tidak memandang mudah cabaran PDRM pada aksi Liga Super minggu ini.

Oleh Azizan Hashim

PASUKAN Perak harus me­nyalahkan diri sendiri apabila gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas 0-1 kepada Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan rekod tanpa kalah skuad The Bos Gaurus lebur, bahkan gagal merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic terpaksa mengakui aksi tersebut tidak menyebe­lahi Perak meskipun anak-anak buahnya sudah berusaha keras untuk menembusi benteng pertahanan Melaka United.

Bagi Durakovic, para pemainnya sudah melakukan yang terbaik tetapi gagal menyumbat gol daripada peluang yang dicipta menjadi faktor kekalahan.

“Kami bermain dengan baik dan memiliki beberapa pe­luang, tetapi malangnya tiada penyudah yang tajam. Ia sungguh mencecewakan kami.

“Sebaliknya, Melaka United berjaya jaringkan gol dengan sekali serangan sahaja dan ­nyata itu sudah nencukupi,” kata Durakovic pada selepas perlawanan.

Durakovic juga memuji pa­sukan pelawat kerana berjaya mempertahankan kubu dengan baik hingga sukar ditembusi.

Katanya, penjaga gawang Me­laka United, Khairul Fahmi Che Mat menjadi penghalang besar kepada anak-anak buahnya untuk menjaringkan gol.

Beliau turut mengakui, Perak kehilangan J. Partiban, Raianderson Da Silva Costa Morais atau Careca menyebabkan persembahan pasukannya agak terjejas.

“Kami beraksi tanpa dua pemain utama yang sentiasa berada dalam kesebelasan dan terpaksa menurunkan pemain muda,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI