fbpx

SPRM nafi keluarkan kenyataan media siasat rasuah di PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan palsu mendakwa SPRM menyiasat pemberian wang sogokan di PRK Slim.

PUTRAJAYA – Kenyataan akhbar bertajuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat pemberian wang sogokan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim adalah palsu.

SPRM dalam kenyataan rasmi hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan pada PRK berkenaan.

“SPRM menafikan telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk ‘SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim’,” katanya.

Namun begitu, SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di PRK DUN Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu kenyataan palsu yang tersebar dalam talian itu mendakwa SPRM sedang mengesan dan menyiasat individu yang menawarkan wang sogokan kepada pengundi, selepas dikatakan menerima satu rakaman video pengundi ditawarkan wang untuk mengundi Barisan Nasional pada PRK Slim. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI