fbpx

Roma tolak bidaan pertama Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZANIOLO menarik minat Spurs sejak musim lalu dan mereka mahu merealisasikan hasrat tersebut kali ini. – AFP

LONDON – AS Roma dilaporkan telah menolak tawaran bernilai £45 juta (RM250.26 juta) Tottenham Hotspur untuk mendapatkan bintang muda, Nicolo Zaniolo.

Kelab dari utara London itu dikaitkan dengan pemain te­ngah berusia 21 tahun itu sejak jendela perpindahan musim lalu, namun tidak ada tindakan lanjut dilakukan Spurs.

Bagaimanapun, Jose Mou­rinho cuba menjadikan perpindahan tersebut sebagai realiti musim ini tetapi bidaan awal yang dicadangkan oleh Pengerusi Spurs, Daniel Levy telahpun ditolak.

Biarpun Roma melalui musim yang tidak menentu tetapi Zaniolo menjadi antara pemain yang berjaya mengekalkan prestasi menyebabkan kelibatnya diintai banyak kelab Eropah.

Musim lalu menyaksikan pemain itu berjaya meledak lapan gol dan melakukan empat umapanan gol dalam 33 penampilannya.

Spurs mungkin perlu mengemukakan tawaran yang lebih besar sekiranya benar-benar mahukan khidmatnya yang masih mempunyai kontrak selama empat tahun di Stadio ­Olimpico.

Selain Spurs, beberapa pasukan seperti Liverpool, Manchester United dan Paris Saint-Germain turut dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan Zaniolo.

Pemain tengah kreatif itu meraih kaps antarabangsa pertamanya bersama Itali ketika pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Finland pada Mac 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI