fbpx

Mercedes terbakar tiba-tiba, warga emas rugi RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Mercedes C200 milik Mohamed Mat Hussin, 61 yang terbakar di hadapan sebuah kedai makan di di Kampung Padang Kala, Melor kelmarin.

Oleh ROHANA MOHD NAWI

KOTA BHARU – Seorang warga emas berputih mata apabila kereta jenis Mercedes C200 berharga kira-kira RM5,000 yang baru dibelinya dua minggu lalu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Padang Kala dekat Melor kelmarin.

Menurut mangsa, Mohamed Mat Hussin, 61, sewaktu kejadian, dia sedang minum di sebuah kedai makan bersama beberapa rakannya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, selepas lima minit berada di dalam kedai, dia terdengar satu letupan kuat dari arah tepi jalan.

“Pada mulanya saya ingat berlaku kemalangan namun, kelihatan kepulan asap berserta api menyala dari bahagian bonet hadapan kereta.

“Susulan kejadian itu, saya terus menghubungi pihak bomba melaporkan mengenai kebakaran itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohamed , beliau tidak menyangka kereta berusia 12 tahun yang dibeli dari rakannya dua minggu lalu boleh terbakar kerana sebelum ini beliau mendapati tidak ada sebarang kerosakkan enjin.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomda dan Penyelamat Pasir Tumboh , Mohd. Zamizi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.47 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran itu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati hampir 40 peratus sudah terbakar.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal dalam masa 10 minit kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI