fbpx

Lagu Nabila terima kecaman netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Peluang Kedua Nabila bersama MK K-Clique dianggap sesetengah netizen sebagai sampah.

Tidak sampai dua minggu klip video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ditayangkan secara rasmi di YouTube, sudah banyak cerita-cerita negatif yang Diva dengar.

Walaupun lagu itu berjaya mencatatkan jumlah tontonan yang sudah mencecah 5.6 juta dalam tempoh seminggu, masih ramai orang di luar sana yang dilihat tidak berpuas hati dengan naskhah tersebut.

Tidak cukup dengan kritikan terhadap kualiti vokal penyanyinya, Nabila Razali, kini timbul pula isu yang mengatakan lagu itu tahap ‘sampah’.

Isu tersebut muncul selepas klip video yang dilancarkan itu turut menampilkan penyanyi rap MK.

Walaupun MK hanya muncul sebagai penyanyi undangan, tetapi impaknya dilihat berjaya menarik jutaan penonton.

Tapi benarlah, manusia kalau sudah tidak suka, bau pun akan tetap dibenci. Dalam hal ini, penampilan MK hanya dianggap untuk meraih jumlah tontonan.

Malah ada yang berpendapat, nyanyian MK dalam lagu tersebut seperti tidak kena dan hanya tangkap muat. Bertalu-talu kritikan yang dilemparkan terhadap lagu ini.

Netizen juga berpendapat bahawa lagu Nabila itu membawa industri muzik Malaysia ke belakang.

Dahsyatnya pemikiran segelintir netizen di negara ini. Sabarlah ya Nabila dan MK. Harap anda berdua terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik selepas ini.

DIVA: Simpati dengan nasib Didi Astillah yang cedera selepas digigit tikus gemuk. Semoga cepat sembuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI