fbpx

Kanak-kanak hilang dihanyut arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berusia enam tahun yang hilang dihanyut arus deras di Kampung Padang Temusu di Sungai Petani pada petang tadi.

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Kegembiraan dua beradik lelaki bermain air di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu di Tikam Batu dekat sini ketika hujan lebat berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dihanyutkan arus deras pada petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia enam dan sembilan tahun dipercayai bermain air di kawasan tersebut selepas ditinggalkan di gerai menjual kuih akok milik keluarga di situ.

Ibu mangsa difahamkan pulang ke rumah kedai yang disewa terletak berdekatan untuk solat Asar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hujan lebat berterusan selama sejam menyebabkan parit sedalam satu meter itu dipenuhi air.

“Dua beradik tersebut dilihat dalam keadaan tenggelam timbul di dalam parit itu oleh beberapa peniaga piza yang kemudian cuba menyelamatkan mereka.

“Kanak-kanak berusia sembilan tahun berjaya diselamatkan manakala adiknya hilang dibawa arus deras,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi  Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd. Zain memberitahu, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian dan kawasan hilir menuju ke sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

“Setakat ini, mangsa yang hilang belum ditemui,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI