fbpx

Jadi lebih berani selepas kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARYAM akan bersedekah kepada pihak yang memerlukan hasil daripada pendapatan sebagai jurusolek.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

DI sebalik susuk tubuh yang kecil molek itu si cantik berusia 21 tahun ini bersemangat waja untuk menggapai cita-cita menjadi jurusolek terkenal.

Maryam Hasnizan bagaima­napun mengakui langkah pertamanya mengejar kerjaya yang diminati sejak di bangku sekolah itu bukanlah mudah.

Enggan mengalah, bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah itu nekad mendalami bidang berkenaan sepenuh hati.

Berbekal kecekalan itu, langkah jurucakap produk kecantikan Jamu Tun Teja itu semakin teratur ekoran dia semakin dikenali terutama dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Bagi Maryam, apa yang lebih manis ialah apabila populariti sebagai salah seorang Instafamous membolehkannya berkongsi tutorial solekan.

 

Kosmo! Ahad: Bagaimana Maryam terjebak dalam du­nia kecantikan?
Maryam: Saya ber­jinak-jinak dengan bi­dang ini sejak berusia 15 tahun sebab muka bermasalah dengan jerawat. Dari situ timbul minat untuk cantikkan orang lain juga.

Siapakah yang menjadi idola Mar­yam dalam kerjaya ini?
Datuk saya iaitu Muhd. Nadzley Muhd. Noor, 60, yang juga seorang jurusolek sejak 30 tahun lalu.

Ada pengalaman pe­rit sepanjang kerjaya?
Kena kecam ketika saya berada di tingkatan empat apabila kali pertama ambil pelanggan. Pelanggan kata solekan tak cantik dan cair. Memang saya kecewa maklumlah baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini.

Bagaimana Maryam mengatasi dan melepasi saat-saat sukar itu?
Saya tidak putus asa dan te­rus saja praktis, ambil kelas persolekan daripada jurusolek ter­kenal dan sekarang ambil kursus jangka pendek iaitu enam bulan di Giat Mara dalam bidang Cosmetology.

Siapakah pendorong tegar kerjaya?
Keluarga terutama mama, Sarah Melisa Salehuddin, 39.

Siapakah Maryam jika bukan jurusolek?
Saya ada kedai bunga, Rak Bunga Florist di Alor Setar dan menjadi pengatur acara atau perancang majlis selepas tamat sekolah.

Pesanan keluarga yang menjadi pegangan hidup?
Saya selalu ingat pesanan mama, dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain. Oleh sebab itu, sebanyak 20 peratus dari­pada pendapatan akan saya sumbangkan kepada pertubuhan kebajikan Syria Care dan Iman Care setiap bulan.

Siapa diri anda sepuluh tahun akan datang?
Mahu jadi jurusolek terkenal yang memberi inspirasi kepada orang lain pula.

Kekuatan yang anda miliki?
Saya sentiasa pentingkan kualiti daripada kuantiti.

Nasihat untuk rakan-rakan sebaya yang ingin mengapai impian?
Jangan putus asa dan cepat mengaku kalah walaupun adakalanya kecaman dihamburkan oleh sesetengah orang untuk melemahkan semangat kita.

 

Trivia
• Nama glamor: Maryam
• Umur: 21
• Negeri kelahiran: Batu Caves, Selangor
• Status: Bujang
• Adik beradik: Sulung daripada empat beradik
• Pekerjaan: Perancang majlis, ahli perniagaan
• Pendidikan: Tingkatan enam
• Instagram: Maryamhasnizan
• Facebook: Maryam Hasnizan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI