fbpx

Gol Depay julang Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY meledak hatrik ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Dijon kelmarin. – AFP

PERANCIS – Olympique Lyon membuka tirai saingan Ligue 1 dengan langkah kanan selepas membelasah pasukan Dijon 4-1 ketika beraksi di laman sendiri Stadium Groupama kelmarin.

Penyerang Belanda, Memphis Depay yang mengalami kecede­raan lutut pada September lalu kini menjadi pemain tumpuan selepas meledak hatrik termasuk dua jaringan penalti.

Ia merupakan gol pertama Depay selepas berehat tempoh kira-kira enam bulan musim lalu.

Hasil kemenangan tersebut, penyerang berusia 26 tahun tersebut telah meledak 57 gol dalam 139 perlawanan semenjak dia meninggalkan Manchester United pada Januari 2017.

“Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan tiga gol pada perlawanan ini tetapi saya akui ia bukan aksi terbaik sebenarnya. Kami perlu menang dan itu yang kami lakukan.

“Terasa janggal beraksi dari satu musim ke satu musim de­ngan cepat,’’ katanya merujuk perlawanan yang berlangsung hanya sembilan hari selepas Lyon tewas 0-3 kepada Bayern di Lisbon pada pentas Eropah.

Pemain yang dikaitkan de­ngan Barcelona tersebut me­ngakui dia akan tampil dengan lebih baik untuk memastikan Lyon berada tangga teratas liga.

“Misi kami cuma satu iaitu meraih kemenangan pada setiap perlawanan. Kami sedar musim ini saingan sedikit sukar kerana perlu waspada dengan ancaman Covid-19,” kata Depay. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI