fbpx

Gagal seludup 600kg ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulkiaman (kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas daripada seorang lelaki di Kuala Nerang pada Rabu lalu.

Oleh NUR ANATI JUHARI

KUALA NERANG – Polis menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 600 kilogram (kg) daun ketum ke Padang Besar, Perlis apabila ditahan di jalan Kampung Tanah Merah di sini pada Rabu lalu.

Lelaki itu yang juga menetap di Kampung Tanah Merah ditahan polis setelah didapati memandu sebuah kereta jenis Hyundai dalam keadaan mencurigakan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu suspek menemui 60 plastik hitam mengandungi daun ketum.

Menurutnya setiap bungkusan plastik hitam itu pula mengandungi daun ketum seberat 10 kilogram.

“Ini merupakan cubaan kedua suspek untuk menyeludup daun ketum yang diperoleh dari kebun miliknya sendiri dan suspek baru pertama kali ditangkap.

“Suspek juga bertindak sebagai peraih daun ketum dengan membeli daun tumbuhan itu daripada penanam pokok ketum di beberapa kampung di sekitar Pedu dengan harga RM6 setiap sekilogram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Mulkiaman memberitahu, nilai rampasan daun ketum itu dianggarkan lebih RM6,000.

“Suspek direman empat hari bermula 27 Ogos hingga 30 Ogos ini dan akan dibawa ke mahkamah untuk sambungan reman hari ini,” katanya lagi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI