fbpx

Ducati mungkin pilih Zarco ganti Dovizioso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO berjaya menampilkan aksi yang baik musim ini menyebabkan Ducati mahu terus dia kekal bersama pasukan itu. – AFP

LONDON – Ducati dilaporkan sedang menyiapkan kontrak baharu buat pelumba Perancis, Johann Zarco sebelum saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Misano bermula pada 13 September ini.

Zarco yang tampil cemerlang bersama pasukan Real Avintia Racing tahun ini berjaya menarik minat Ducati untuk terus mengekalkan khidmatnya.

Bagaimanapun, Zarco dikatakan belum pasti sama ada akan kekal berlumba bersama pasukan Avintia atau menyertai satu lagi pasukan satelit iaitu Pramac Ducati. Kemungkinan dia diangkat menyertai pasukan utama Ducati bagi musim 2021.

Ketika ini, terdapat satu kekosongan selepas Andrea Dovizioso secara rasmi menarik diri daripada me­nyertai pasukan Itali tersebut musim depan.

“Saya tahu ketika me­nyertai pasukan satelit Ducati, saya berpeluang untuk ke pasukan utama. Saya akan cuba yang terbaik memberi saingan untuk berada dalam kelompok lima atau 10 pelumba teratas.

“Jika saya mampu melakukan lebih baik sudah pasti pasukan akan memberikan jentera yang lebih sempurna sepanjang perlumbaan musim ini,” Kata Zarco yang meninggalkan pasukan KTM musim lalu.

Pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Republik Czech, Zarco melakukan kejutan apabila berjaya meraih podium tempat ketiga. Ini adalah podium pertama­nya selepas aksi hambar bersama KTM. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI