fbpx

Dua pekerja pengsan ketika cat kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah tempat dua pekerja pelenggaran pengsan ketika melakukan kerja mengecat kapal di MMHE, Pasir Gudang hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua pekerja penyelengaraan kapal pengsan ketika sedang melakukan kerja mengecat kapal dalam satu kejadian di Malaysia Marine Heavy Engineering (MMHE), Pasir Gudang di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 2.34 petang.

“Dua jentera dengan kekuatan seramai 10 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati dua mangsa yang pengsan di ruang dalam kapal semasa melakukan kerja-kerja mengecat kapal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, seorang mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan kecemasan MMHE sebelum pasukan bomba tiba ke lokasi.

“Bagi mengeluarkan mangsa kedua pula, anggota bomba terpaksa memakai pakaian khas untuk memasuki ruang dalam kapal.

“Mangsa kedua akhirnya berjaya dijumpai dan dibawa keluar dengan selamat.

“Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 26 dan 30 tahun itu telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan MMHE dan kemudian dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulan MMHE,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI