Oleh IVAN AMIRUL
SANDAKAN – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dipilih selaku Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) serta sekutunya.
Pelantikan berkenaan dipersetujui Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Pelantikan ini diberikan oleh presiden parti sendiri minggu lalu.
“Saya mengucap terima kasih kepada semua pihak atas kepercayaan besar yang diberikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Vui Keong, pihaknya akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan PRN Sabah berpihak kepada mereka.-K! ONLINE