fbpx

Warga emas ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas ditemui mati dalam keretanya yang diletak bersebelahan sebuah pasaraya di Bandar Utama, Gua Musang, petang tadi.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang peneroka Felda warga emas ditemui mati di dalam keretanya yang diparkir di hadapan kedai kosong bersebelahan sebuah pasar raya di Bandar Utama di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Mohd. Razali Hassan, 61, yang tinggal di Felda Chiku 2 di sini ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa ditemui duduk bersandar di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak bergerak sebelum orang awam memaklumkan kejadian kepada polis.

Katanya, orang awam telah bertindak membuka pintu depan sebelah kanan kereta mangsa dan memanggil mangsa beberapa kali namun, tiada tindak balas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada unsur perbuatan jenayah terhadap mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Taufik, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Tambahnya, mangsa yang mengidap sakit tibi telah berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI