fbpx

Trafik ke pantai timur, utara sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELONGGARAN Gelembung Perjalanan Domestik ini akan berkuatkuasa pada 22 November. -Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sesak ekoran orang ramai mengambil kesempatan pulang kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Bermula pukul 11 pagi tadi, trafik menuju ke pantai timur bergerak perlahan dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) menuju Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah.

Kesesakan turut berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bermula pukul 10.53 pagi dari arah Sungai Buloh ke Rawang Selatan, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gua Tempurung, Kuala Kangsar ke R&R Sungai Perak dan Seberang Jaya ke Perai.

Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 pada 31 Ogos ini iaitu pada Isnin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI