fbpx

Seksi bukan punca dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scha Elinnea turut mendedahkan dirinya sering menerima gambar-gambar tidak senonoh daripada suami orang.

KUALA LUMPUR – Pelakon baharu yang sedang meningkat naik Scha Elinnea berpendapat imej seksi tidak mendorong berlakunya kes rogol, sebalik­nya itu semua bergantung kepada diri pelaku itu sendiri.

Baginya, kejadian rogol boleh terjadi jika seseorang pelaku itu tidak dapat mengawal nafsunya daripada melakukan perbuatan terkutuk.

Scha, 21, menyuarakan pendapat itu ketika ditanya tentang kebimbangan dirinya ter­hadap kes rogol meman­dangkan dia kerap tampil dengan imej seksi di laman Instagram.

“Kalau kita tengok kes rogol yang pernah berlaku, ada dalam kalangan mangsa adalah perempuan bertudung. Jadi saya tidak rasa berpakaian seksi mendorong berlaku rogol ke atas seseorang wanita.

“Semuanya bergantung kepada pelaku itu sendiri kalau dia tidak pandai mengawal nafsu dan akal fikiran,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Berikutan keberaniannya tampil dengan imej seksi, pelakon drama Tuan Danial itu juga mengakui kerap menerima gambar-gambar tidak senonoh dalam Instagramnya.

Scha berkata, individu yang menghantar gambar-gambar berkenaan terdiri daripada suami orang.

“Tidak dinafikan, hampir setiap minggu saya terima gambar tidak senonoh daripada lelaki termasuklah yang sudah berkahwin. Ada juga yang me­ngajak saya keluar meskipun mereka sudah beristeri.

“Cuma setakat ini saya tidak pernah dapat mesej yang melam­pau sampaikan perlu buat laporan polis. Kalau tidak tahan sangat, paling tidak saya akan mesej mereka dan nasihat yang baik-baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI