fbpx

Ramai pengundi keluar awal tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Proses pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bermula apabila 12 pusat mengundi melalui 54 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini mendapati ramai pengundi datang awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kebanyakan mereka datang seawal pukul 7.30 pagi sebelum pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Seorang pengundi, Halmah Mohamad, 58, berkata, dia teruja untuk mengundi dalam PRK Slim kali ini.

“Saya memilih keluar awal untuk mengundi bimbang hujan kalau mengundi pada petang,” katanya.

Seramai 22,749 orang pengundi akan mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap 85 peratus pengundi akan keluar untuk mengundi.

Seramai 689 orang petugas bertugas bagi proses pengundian dengan waktu mengundi untuk PRK Slim bermula 8 pagi hingga 5.30 petang dan ada tambahan setengah jam yang telah digazetkan.

Proses pengundi dijalankan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk membendung Covid-19 dengan memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, menggunakan cecair sanitasi dan menjalani saringan suhu badan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI