fbpx

Muafakat, faktor kemenangan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi (empat dari kiri) yang menang pada PRK Dun Slim, dengan majoriti besar

TANJUNG MALIM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang baharu, Mohd. Zaidi Aziz tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang bertungkus-lumus berusaha keras bagi memenangi hati pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Mohd. Zaidi, 43, berkata, tanpa muafakat dan kerjasama yang jitu daripada jentera parti dan komponen parti, BN belum tentu dapat memenangi PRK DUN Slim dengan majoriti besar seperti ini.

“Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada ayah saya, Aziz Nordin; isteri dan ahli keluarga yang merestui saya untuk bertanding. Tidak lupa diucapkan kepada semua pucuk pimpinan parti yang turun membantu kempen dari awal sehingga akhir.

“Dengan adanya permuafakatan antara semua, kita dapat merangka gerak kerja yang kuat dan padu sehingga terbukti dapat menghasilkan kekuatan, keutuhan dan semangat toleransi untuk menang dengan majoriti lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan perasaan syukur apabila rakyat mula kembali memilih BN sebagai parti yang akan mewakili rakyat.

“Kemenangan ini akan diterjemahkan pula di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

“Saya ingin berpesan kepada Mohd. Zaidi agar menjadi wakil rakyat yang terbaik dengan memenuhi permintaan rakyat yang mengundinya selain memberikan perkhidmatan yang baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI