fbpx

Maqis rampas ikan kerapu dan tenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong ikan yang mengandungi ikan kerapu dan tenggiri yang cuba diseludup pihak tidak bertanggungjawab di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri pagi semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 282 kilogram (kg) ikan kerapu dan tenggiri ke Singapura semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, cubaan tersebut dikesan pihaknya pada pukul 1 pagi di laluan lori eksport di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini.

Katanya, ikan kerapu dan tenggiri bernilai RM7,004.83 berkenaan cuba dibawa keluar tanpa permit eksport sah.

“Hasil pemeriksaan rapi dijalankan mendapati pemilik lori tersebut telah menyorokkan 56 kg ikan kerapu dan 225 kg ikan tenggiri yang tidak diikrarkan.

“Mereka cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mencampurkan ikan kerapu dan tenggiri bersama ikan lain di dalam tong yang memiliki permit eksport,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nur Afifah, kesemua barangan dagangan tersebut ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI