fbpx

KPDNHEP sita 400 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa tong dram yang dimuatkan di atas sebuah lori yang digunakan untuk mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak di Sungai Dua, Butterworth, semalam.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sebanyak 400 liter diesel disita dalam satu pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua, Butterworth di sini semalam.

Operasi oleh enam pegawai dan anggota penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Perai Utara itu dilakukan kira-kira pukul 11.50 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Akram Karim Mohamad Arip berkata, siasatan mendapati, diesel tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki menggunakan tong dram yang diletakkan di atas sebuah lori tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Siasatan juga mendapati, diesel yang dibeli itu dipercayai untuk kegunaan jentera di tapak pembinaan perumahan.

“Sehubungan itu, individu berusia 57 tahun terbabit yang juga pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Akram Karim, jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM10,681.60 dan siasatan akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sebelum kes tersebut dirujuk kepada pihak pendakwa raya.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI