fbpx

Kelab malam dan pusat urut tawar pelacur diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan dua wanita dipercayai gadis pelayan pelanggan dalam serbuan di sekitar Keponng dan Seri Kembangan semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menyerbu kelab malam dan pusat urut yang menawarkan perkhidmatan seks dalam dua serbuan berasingan di Wisma Manjalara, Kepong dan Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang berakhir pukul 10.30 malam itu turut membawa kepada penangkapan 60 warga tempatan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat urut di Seri Kembangan dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan.

“Dalam serbuan itu, kita menahan sembilan pelacur warga Vietnam dan Indonesia yang berusia lingkungan 18 hingga 29 tahun.

“Turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 35 tahun yang merupakan penjaga premis dan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya lagi, serbuan kedua dilakukan di kelab malam di Wisma Manjalara, Kepong yang membawa kepada penangkapan 13 gadis pelayan pelanggan warga Vietnam.

“Seramai 58 lelaki dan dua wanita tempatan yang sedang berhibur di kelab malam tersebut turut ditahan atas kesalahan melanggar PKPP.

“Selain mereka, polis juga menahan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 26 tahun yang dipercayai pengurus serta penjaga premis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI