fbpx

BN menang besar di PRK DUN Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BN menang besar di PRK DUN Slim.

TANJUNG MALIM – Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti 10,945 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan keputusan tersebut selepas proses penjumlahan undi selesai di Dewan Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini sebentar tadi.

Menurutnya, calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz, 43, memperolehi undi sebanyak 13,060 manakala dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, pula mendapat 2,115 undi dan S. Santharasekaran, 44, pula memperoleh 276 undi.

Sebanyak 327 undi ditolak dalam PRK DUN Slim kali ini.

Dengan pengumuman tersebut calon Mohd. Zaidi disahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim sekaligus mempertahankan kerusi BN.

SPR turut mengumumkan sebanyak 68.4 peratus daripada 22,749 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi di 12 pusat mengundi melalui 56 saluran yang mula dibuka sejak pukul 8 pagi dan berakhir 5.30 petang.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, dari BN yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Seramai 23,094 pengundi termasuk 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara terlibat dalam PRK DUN Slim ini.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 menyaksikan Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim (6,144 undi) dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal (4,103 undi). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI