fbpx

Remaja AS jadi ‘batu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIDEN menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan badannya keras seperti batu. - AGENSI

ALAMOSA, Colorado – Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) menghidap penyakit yang menyebabkan badannya mengeras seperti batu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Jaiden Rogers, 15, menghidap penyakit yang jarang ditemui dikenali sebagai Sindrom Kulit Keras.

Dia menderita akibat sindrom tersebut sejak tahun 2013 iaitu selepas ibunya menemui ketulan keras pada kulit paha anaknya yang kemudian merebak ke bahagian kaki, perut, lengan dan leher.

Remaja itu juga terpaksa menggunakan kerusi roda kerana lagi tidak mampu berjalan. Ibu bapa Jaiden memohon sumbangan orang ramai melalui laman kutipan dana, GoFundMe. Mereka mahu mengumpulkan wang bagi membawa Jaiden ke Itali untuk mendapatkan rawatan pakar.

Ibunya, Natalie, 54, berkata: “Jaiden ibarat menjadi batu dan tidak mampu menggerakkan kaki sendiri.

“Jika dia tidak dirawat segera, doktor memberitahu bahawa dia akan terperangkap dalam badannya sendiri.

“Seluruh tubuh anak saya mengeras seperti batu kerana penyakit ini bermula dari dalam tubuh hingga ke kulit. Apabila sampai ke kulit, ini bermaksud semua yang ada dalam badannya sudah menjadi keras,” kata Natalie.

Menurutnya, kulit Jaiden mula memberi tekanan pada jantung dan menyebabkan dia sukar bernafas tanpa alat bantuan pernafasan. Penyakit itu juga akan menyebabkan organ dalaman lain gagal berfungsi.

Setakat ini, Natalie dan suaminya berjaya mengumpul sumbangan AS$355,000 (RM1.48 juta) daripada AS$1.5 juta (RM6.25 juta) yang diperlukan bagi me­rawat Jaiden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI