fbpx

Menteri, beberapa individu sudah beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzir

Oleh IVAN AMIRUL

TAWAU – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan beberapa individu sudah tampil memberikan keterangan berkaitan siasatan melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Huzir berkata ia adalah susulan beberapa siri laporan polis yang dibuat ke atas berkenaan ekoran kegagalan beliau menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang daripada Turki pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, jumlah sebenar individu yang terbabit hanya boleh ditentukan selepas siasatan berakhir.

“Apabila kita mula mengambil keterangan saksi atau individu tertentu, sudah pasti semakin ramai individu lain yang perlu kita panggil dalam melengkapkan siasatan.

“Oleh itu, kita sukar memperkatakannya selagi siasatan ini belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sempena Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negata (PTKPN) A117 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hari ini.

Turut hadir, Ketua JSJ Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Ketua Penolong Pengarah Urusetia, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Dennis Lim Kwang Keng dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Dalam pada itu, ditanya samaada isteri mahupun ahli keluarga menteri berkenaan turut dipanggil dalam kes ini, Huzir memaklumkan beliau belum dapat mengesahkannya.

“Saya percaya bilangan individu dipanggik untuk memberi keterangan akan terus bertambah seiring perkembangan semasa siasatan daripada saksi-saksi.

“Namun saksi tidak semestinya dalam kalangan keluarga atau kakitangan pejabat menteri terbabit,” katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyatakan tiada tekanan kepada pasukan penyiasat bagi melengkapkan kertas siasatan.

Menurutnya, hal ini bukan bermakna pasukan siasatan mengambil masa lama dan sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang baik, sudah pasti kita boleh selesaikan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan dikatakan memberi keterangan jam 8 malam tadi dan dipercayai selesai memberi keterangan sekitar pukul 10.20 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI