fbpx

Lima penagih tengah khayal dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan ketika sedang khayal dadah di Penaga, Kepala Batas, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Lima penagih yang dipercayai sedang khayal dadah dicekup polis dalam serbuan di kawasan semak berdekatan sebuah kawasan perumahan di Penaga, Kepala Batas di sini semalam.

Dalam operasi selama kira-kira enam jam berakhir pukul 5 petang itu, mereka yang ditahan adalah lelaki yang bekerja sendiri dan buruh berusia antara 25 hingga 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, semasa Ops Tapis itu, pihaknya turut merampas sejumlah dadah bernilai RM200 daripada suspek.

“Ketika serbuan dibuat, mereka dipercayai sedang khayal dadah.

“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas kesemua suspek, polis menjumpai 2.6 gram (g) dadah disyaki jenis heroin dan 0.8g (syabu),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan pihaknya mendapati dadah berkenaan adalah bagi kegunaan mereka sendiri.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine,” katanya lagi.

Menurut Noorzainy, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengkut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI