fbpx

Lelaki tertimbus semasa mendulang bijih timah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus ketika mendulang bijih di Batu Kurau dekat Taiping tengah malam tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

TAIPING – Kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak petang semalam setelah melakukan kerja mendulang bijih timah di sebuah kebun di Batu 24, Batu Kurau dekat sini akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui tertimbus tengah malam tadi.

Mangsa, Mohd. Zakaria Yahaya, 48, dipercayai telah pergi ke kebun sejak pukul 8 pagi bagi melakukan kerja-kerja tersebut sendirian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau, Mohamad Hisyam Osman berkata, pada mulanya pihaknya menerima panggilan bantuan kecemasan daripada pihak polis pada pukul 10.09 malam bagi mencari mangsa yang dipercayai hilang.

Menurut beliau, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada malam kejadian setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah kerana bimbang.

“Susulan aduan itu, sepasukan anggota bersama jentera daripada balai bomba ini telah dikerah ke lokasi mangsa dipercayai berada iaitu di sekitar kawasan kebun tersebut.

“Hasil pencarian, anggota bomba menjumpai mangsa yang tertimbus pada kedalaman kira-kira lima meter dalam keadaan membongkok sebelum kerja-kerja mengeluarkan mayat dilakukan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan pemerhatian di tempat kejadian, mangsa melakukan kerja mendulang menggunakan perkakasan biasa dan tidak melibatkan sebarang jentera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI