fbpx

Lebur RM90,000 melabur hotel di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Tertarik dengan tawaran pulangan 20 peratus untuk pelaburan hotel di Mekah, seorang pesara di sini kerugian RM90,000 selepas ditipu seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pesara lelaki berusia 63 tahun itu berurusan dengan suspek sejak November dua tahun lalu.

“Suspek memaklumkan bahawa syarikat miliknya menjalankan perniagaan hotel di Mekah, Arab Saudi dan pengadu boleh membuat pelaburan untuk hotel tersebut.

“Pengadu (mangsa) bersetuju membuat pelaburan setelah dijanjikan pulangan sebanyak 20 peratus dari jumlah yang dilaburkan setiap bulan selama tiga tahun,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa membuat pelaburan RM100,000 bersama syarikat milik suspek selepas kedua-dua pihak bersetuju.

“Bagaimanapun, pengadu hanya terima pulangan pelaburan sebanyak lima kali sahaja berjumlah RM10,000.

“Pengadu mengalami kerugian RM90,000 dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam untuk tindakan pihak polis,” katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI