fbpx

Langkah Konta semakin panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTA bakal berdepan Victoria Azarenka pada aksi separuh akhir nanti selepas menyingkirkan Sakkari di suku akhir awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Bintang tenis Britain, Johanna Konta mara ke pentas separuh akhir selepas mudah menewaskan wakil Greece, Maria Sakkari de­ngan kemenangan straight set pada Terbuka Cincinna­ti.

Konta yang turun de­ngan sema­ngat baharu selepas membawa masuk ju­­rulatih, Tho­mas Hog­stedt mula me­nunjukkan impak po­si­tif apabila membenam cabaran Sakkari dengan keputusan 6-4, 6-3.

Hogstedt sebelum ini pernah melatih beberapa pemain terna­ma dunia seperti Maria Sharapova, Caroline Wozniacki dan Victoria Azarenka sebelum bekerjasama dengan Dimitri Zavialoff.

“Saya sangat gembira kerana mencatat kemenangan hari ini. Saya tahu ia bukan tugas yang mudah ketika berdepan Sakkari. Bagi saya setiap perlawanan adalah sukar jadi saya tidak boleh terlalu selesa.

“Secara keseluruhan saya gembira dengan cara saya bermain terutama menerusi pukulan servis dan ia semakin baik dari semasa ke semasa.

“Sudah pasti impian saya mahu melangkah ke pentas final dan itulah harapan saya. Jika mampu meraih kemenangan di kejuaraan ini, adalah bonus buat saya,” ujarnya.

Sakkari sebelum ini dijangka melangkah ke pentas final selepas melakukan kejutan me­num­bangkan juara 23 Grand Slam, Serena Williams 5-7, 7-6 (7/5), 6-1 pada pusingan 16 terbaik kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN