fbpx

JPJ Pulau Pinang keluarkan 7,100 notis pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kanan) memerhatikan pemeriksaan cermin gelap kenderaan persendirian yang dijalankan sempena Operasi Khas di Butterworth, di sini hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Sebanyak 7,100 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bagi tempoh awal Januari lalu sehingga semalam.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5,638 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan penggunaan cermin gelap.

“Operasi Khas ini membabitkan kenderaan persendirian, kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan kenderaan perdagangan yang menggunakan cermin gelap serta mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pemandu dan pemilik kenderaan persendirian yang melakukan kesalahan dalam operasi yang bermula awal tahun ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi terbabit melibatkan seramai 60 pegawai dan anggota di setiap daerah di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI