fbpx

Heechul takut kahwin demi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEECHUL

MENGAKUI bukanlah seorang penentang konsep kehidupan berumah tangga, penyanyi Heechul mengakui sudah bersedia untuk berkahwin memandangkan kini usianya genap 36 tahun.

Kata anggota kumpulan Super Junior itu, dia mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain dengan cara keluar berjanji temu atau berkahwin.

Namun setiap kali memikirkan soal tersebut, dia teringat tentang kesetiaan dan sokongan yang diterima daripada peminat sejak bergelar artis.

“Saya sudah memasuki usia 36 tahun. Kadangkala saya mahu bercinta dan berkahwin sama macam orang lain.

“Tetapi apabila memikirkan soal itu, cepat-cepat saya tersedar. Saya ada ramai peminat yang tidak henti menyokong. Saya tidak mahu menyakiti hati mereka dengan berkahwin atau bercinta,” ujarnya.

Kerisauan Heechul dikatakan berpunca daripada situasi rakan sekumpulannya, Sungmin yang berdepan kontroversi dengan peminat selepas berkahwin.

Bagaimanapun ramai peminat berharap Heechul bertemu bahagia dan dapat hidup normal seperti lelaki lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI