fbpx

Harimau Selatan sedia tunjuk belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIZAL harap rakan-rakan sepasukannya mampu menterjemahkan semangat ketika latihan kepada keputusan positif apabila menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. – Johor Southern Tigers

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

SETELAH hampir enam bulan berehat, skuad Harimau Selatan bersedia kembali menunjukkan belang apabila menentang pasukan Pahang pada aksi pertama sejak Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula mulai malam ini.

Penjaga gawang Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias berkata, pasukan sudah bersedia menjinakkan skuad Tok Gajah dalam misi mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi enam musim berturut-turut.

Katanya, sesi latihan di bawah norma baharu sedikit berbeza, namun ia tidak menjejaskan persiapan pasukan secara menyeluruh.

“Tahap kecergasan pemain sangat memuaskan biarpun terpaksa direhatkan sejak beberapa bulan yang lalu akibat pandemik Covid-19.

“Ini kerana setiap pemain menunjukkan kesungguhan de­ngan berlatih secara bersendirian di rumah sepanjang tempoh kuarantin.

“Sebab itu, apabila pasukan kembali berlatih seperti biasa, pemain cepat mendapat rentak permainan yang diterapkan. Saya harap komitmen tersebut dapat diterjemahkan di atas padang nanti ketika bertemu pasukan Pahang,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam.

JDT kini mengungguli takhta Liga Super dengan mengutip 10 mata selepas empat perlawanan sebelum saingan liga terpaksa ditangguhkan.

Ditanya mengenai impak yang diberikan pemain baharu iaitu Liridron Krasniqi dan Matt Davies, Farizal memberitahu, kedua-dua pemain itu mempamerkan impak positif terhadap pasukan.

“Tidak dinafikan bahawa Li­ridron dan Davies adalah pemain yang hebat dan berkemahiran tinggi dalam Liga M. Jadi, tidak timbul masalah untuk mereka menyesuaikan diri dengan gaya permainan JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI