fbpx

Cake bersedia fail lagi saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusrizal (kanan) bertemu dengan penduduk dan peniaga RTC Napoh hari ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

JITRA – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bersedia memfailkan satu lagi saman ke atas pemilik Restoran Salleh di Napoh dekat sini sekiranya terdapat lagi penduduk yang mahu berbuat demikian.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, terdapat ramai lagi penduduk yang berminat untuk menyaman pemilik restoran tersebut.

“Penduduk dan peniaga terjejas akibat Covid-19 bagi Kluster Sivagangga yang berhasrat menyaman peniaga itu boleh menghubungi Cake sehingga 9 September depan,” katanya ketika ditemui di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya setakat ini kita kekal dengan nilai RM1.5 juta melibatkan kira-kira 200 penduduk dan peniaga terjejas.

“Kita akan lihat keadaannya nanti dan jika jumlah tuntutan saman tambahan itu kurang dari RM1 juta, kita akan failkan saman di Mahkamah Sesyen Alor Setar.

“Jika nilainya lebih daripada itu, kita failkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar seperti sebelum ini,” ujarnya.

Terdahulu beliau bersama kalangan ahli jawatankuasa Cake mengadakan pertemuan bersama penduduk dan peniaga terlibat di RTC Napoh bagi menjelaskan situasi terkini berhubung pemfailan saman tersebut.

Kosmo! pada 20 Ogos lalu melaporkan Cake memfailkan saman sivil ke atas pemilik Restoran Salleh di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menuntut ganti rugi lebih RM1.5 juta susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Sivagangga di negeri ini sejak 28 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI