fbpx

Warga asing tiada identiti dilarang solat di masjid Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Agama Islam Selangor

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Warga asing yang tidak diketahui identiti atau tempat tinggal dilarang menunaikan solat Jumaat dan fardhu berjemaah di semua masjid dan surau di Selangor.

Arahan terbaharu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bertujuan mengelak penularan pandemik Covid-19 di pusat ibadat tersebut.

JAIS dalam kenyataan dikeluarkan hari ini menegaskan agar semua masjid dan surau mematuhi arahan tersebut berkuat kuasa serta merta.

“Bagi jemaah bukan warganegara yang benar-benar dikenali pihak masjid atau surau adalah dibenarkan untuk hadir solat Jumaat dan Fardhu berjemaah.

“Walau bagaimanapun mereka adalah tertakluk dan perlu mematuhi prosedur standard operasi ( SOP ) seperti memakai pelitup muka, berwuduk dari rumah, kehadiran direkodkan serta membawa sejadah sendiri,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada warga asing beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa pada 1 September depan.

Selain itu, jemaah diberi kelonggaran tidak membawa sejadah namun semua kebenaran tersebut masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan sebelum ini.

Mengulas lanjut, JAIS menegaskan penggunaan sejadah bersaiz biasa masih dikekalkan di negeri ini.

“Pentadbir masjid dan surau perlu memastikan hanya sejadah saiz itu dibawa jemaah ketika menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat.

“Selain itu, perlu menetapkan akses serta kemudahan yang wajar kepada semua kategori jemaah termasuk musafir,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI