fbpx

Wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Myvi yang dipandu Hui Poh terlibat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi pagi hari ini.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandu hilang kawalan ketika memotong kenderaan lain sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 80 Johor Bahru-Mersing, Johor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 11.50 pagi melibatkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Wish.

Jelasnya, mangsa Yap Hui Poh, 25, yang menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah.

“Manakala Pemandu MPV Toyota Wish bernama Muhammad Faizal Mustakim, 41 dan tujuh penumpang lain telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi dalam perjalanan ke arah Johor Bahru dipercayai telah memotong sebuah kereta melalui bahagian kiri lorong jalan sebelum pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI