fbpx

Verstappen mampu sekat Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN perlu meraih kemenangan pada perlumbaan GP Belgium minggu ini untuk mencerahkan peluang mencabar kejuaraan musim ini. – AFP

BRUSSELS – Penasihat Red Bull, Helmut Marko optimis pelumba utama pasukannya, Max Verstappen akan bergelar juara dunia kejuaraan Formula Satu (F1) apabila tamat saingan musim ini.

Sebagai rekod, pencabar utama, Lewis Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes telah mendominasi dengan menjuarai empat daripada enam perlumbaan Grand Prix (GP) musim ini.

Namun, Marko percaya Verstappen turut berpotensi bergelar juara dunia tetapi perlu bertindak pantas dengan menjuarai perlumbaan GP Belgium di Litar Spa-Francorchamp yang akan berlangsung minggu ini.

“Saya rasa kualiti jentera yang dimiliki oleh Red Bull dan Mercedes tidaklah terlalu ketara kerana berdasarkan perlumbaan lepas, hanya kesilapan dalam pemilihan tayar telah merencatkan momentum Verstappen.

“Bagaimanapun, ada lagi beberapa kelemahan yang jurutera pasukan perlu perbaiki sekiranya berhasrat untuk memecahkan dominasi kemenangan pasukan Mercedes pada perlumbaan F1.

“Jika ia berjaya dilakukan, saya percaya Verstappen berpeluang untuk meraih gelaran juara dunia musim ini tetapi semua pihak perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut,” katanya.

Hamilton yang telah menjuarai gelaran dunia sebanyak enam kali berjaya mengumpul 132 mata selepas enam perlumbaan manakala Verstappen kekal di kedudukan kedua dengan 95 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI