fbpx

Van Dijk legakan skuad Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan menentang Salzburg tetapi ia tidak serius. – AFP

SALZBURG, Austria – Pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp menarik nafas lega selepas tonggak pertahanan utama, Virgil Van Dijk tidak mengalami kecederaan serius pada aksi persahabatan menentang Red Bull Salzburg awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Red Bull itu, Van Dijk mengalami kecederaan di kepala sehingga terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.

Kata Klopp, kecederaan yang dialami oleh bintang pertahanan Belanda itu tidak terlalu serius dan boleh diturunkan pada aksi Perisai Komuniti menentang Arsenal di Stadium Wembley pada Sabtu ini.

“Kecederaan yang dialami oleh Van Dijk agak ‘mengerikan’ pada mulanya kerana banyak darah yang keluar. Namun, saya telah diberitahu oleh pegawai perubatan bahawa tiada apa yang serius dan dia boleh diturunkan untuk aksi akan da­tang,” katanya.

Sementara itu, Klopp turut memuji impak penyerang mudanya, Rhian Brewster yang meledak dua gol, sekali gus memastikan The Reds tidak tewas selepas bangkit daripada ke­tinggalan 0-2 untuk mencatat keputusan seri 2-2.

“Brewster adalah penyerang muda yang meningkat naik dan mempunyai naluri yang tajam di hadapan gol. Namun, dia masih perlu bekerja keras kerana persefahaman bersama rakan sepasukan masih belum jitu.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan aksi yang pasukan tampilkan, meskipun pada babak pertama kami agak leka sehingga membiarkan pa­sukan lawan mudah mendominasi perlawanan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI