fbpx

Super KIP mahu beraksi di Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL IDHAM berharap kecederaannya dapat segera pulih sekali gus membolehkannya beraksi pada GP San Marino di Litar Misano bermula 11 hingga 13 September depan.

PELUMBA Moto3 negara, Khai­rul Idham Pawi berharap sempat pulih sepenuhnya menje­lang perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano bermula 11 hingga 13 September depan.

Khairul Idham yang terkenal dengan jolokan Super KIP itu selamat menjalani pembedahan pada jari kelingking kanan di sebuah hospital di Barcelona, Sepanyol malam kelmarin.

Dia mengalami kecederaan pada jari kelingking ketika mela­kukan sesi latihan bebas pada GP Republik Czech 8 Ogos lalu, jari sama yang turut tercedera semasa GP Sepanyol tahun lalu.

Bagaimanapun, pelumba berusia 22 tahun itu bersedia untuk bekerja keras bagi memastikan dia sempat pulih dan cergas sepenuhnya sebelum GP San Marino membuka tirai.

“Amat sukar untuk saya kembali ke hospital bagi menjalani pembedahan pada jari keling­king, namun keputusan ini dibuat demi masa depan.

“Saya harap dengan pembedahan yang dijalankan, isu ini tidak timbul lagi dan saya boleh fokus untuk kembali berlumba. Saya tidak mahu ia terus menghantui saya,” kata Khairul Idham.

Dalam pada itu, pelumba pa­su­kan Petronas Sprinta Racing itu mengakui mampu menarik nafas lega apabila saingan MotoGP berehat seketika sebelum kembali bersambung bulan depan.

“Sekurang-kurangnya kita ada sedikit masa rehat sekarang, jadi ia sedikit sebanyak membantu proses pemulihan saya. Saya akan bekerja keras untuk kembali beraksi di Misano.

“Terima kasih kepada pasukan perubatan atas usaha mereka dalam situasi sukar ini dan penghargaan juga kepada pasukan serta penyokong yang sentiasa berada di belakang saya,” ujarnya.

Sementara itu, Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali juga menyuarakan harapannya untuk menyaksikan Khairul Idham kembali berlumba di Misano.

“Alhamdulillah semalam (kelmarin) KIP berjaya jalani pembedahan pada jari kelingkingnya. Pembedahan itu dijalankan oleh dua orang doktor pakar yang memiliki reputasi cukup baik.

“Kita doakan yang terbaik ­untuk KIP agar pulih dengan kadar segera dan harap dia bersedia untuk berlumba di Misano dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI