fbpx

Pengurus bank cedera tertembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang pengurus kawasan sebuah bank cedera apabila terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh pengawal keselamatan bank tersebut dalam satu kejadian di Jalan Bandar Baru Rawang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 petang sewaktu pengawal keselamatan berkenaan mahu mengambil senjata api selepas keluar dari tandas.

“Siasatan mendapati, pengawal keselamatan berusia 26 tahun itu telah meletakkan senjata api jenis pump gun tersebut di hadapan tandas dan apabila dia ingin mengambilnya semula, ia telah meletup dengan sendiri dan terkena mangsa yang berada di situ.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 57 tahun telah mengalami kecederaan di lengan kanan dan telah dirawat di Hospital Selayang namun dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Menurut Arifai, pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati suspek telah bekerja di bank tersebut sejak Januari tahun lalu dan turut memiliki lesen membawa serta menggunakan senjata api.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI