fbpx

Pegawai kanan bomba didakwa salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Roslan (kanan) didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai bomba berpangkat Penolong Kanan Penguasa Bomba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa mendapatkan suapan berjumlah RM15,540 daripada syarikat pembekalan milik ahli keluarganya pada empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Roslan Zakaria, 37, yang kini bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu di sini membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mencadangkan sebut harga syarikat adik iparnya bagi membekalkan 31 unit kompas orienteering bernilai RM7,440.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Roslan didakwa turut menggunakan jawatannya untuk mencadangkan sebut harga syarikat ibu mertuanya bagi membekalkan 60 unit antena dan 30 unit alat ganti pengecas jenama Motorola bernilai RM8,100.

Kedua-dua perbuatan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang pada bulan November 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, manakala Mohd. Roslan diwakili peguam, Mohd. Hayatuddin Muhamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI